Wednesday, August 12, 2009

Kemalasan

/malay content (I'm trying to use full-word-of-awesomeness Bahasa Melayu, don't laugh at it thank you.)


Aku malas. Aku dah tak tahu nak buat apa. Tiap-tiap hari mesti buka komputer, pasang Gaia, buka Youtube, dan cari benda yang merepek. Rutin aku yang kiranya dah seragam dalam diri ini bagaikan tidak boleh lagi dipisahkan.


Esok adalah hari ujian terakhir bagi bulan ini, dan subjeknya amat menarik;
Matematik, Geografi, Pendidikan Islam dah Kemahiran Hidup.


Dan aku tak buat ulangkaji lagi walaupun dah pukul 9. 30 p.m. Tak usik buku langsung pun!
Apalagi nak buka dan baca!
@_@


Apa nak jadi? Aku agaklah kan, masa depan aku mesti kucar-kacir macam almari baju aku yang dah berbulan tak disusun. Aku dah boleh agak.


Ada orang nak tolong?
TIDAK. Kena tolong diri sendiri. Mana ada orang lain nak tolong, dalam dunia ini semua benda kena buat sendiri!!!


Betul ke?


Kecuali malas. Itu memang perkara auto-set. Tunggu, malas datang dari hati, hati dikacau oleh syaitan, maknanya syaitanlah yang tolong ya?


Aduhaiii.... apa nak jadi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...