Thursday, November 10, 2011

Dibuli?

Tiba-tiba rasa nak tulis entri blog guna bahasa Melayu pula. Penggunaan bahasa baku ya~!

Baiklah, esok merupakan hari anugerah kecemerlangan di sekolah aku. Aku pula antara penerima anugerah pada hari tersebut. Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hassan (atau Tok Mat, aku selesa panggil nama ini) bakal menyampaikan anugerah itu.

Aku terima untuk kehadiran cemerlang pada tahun ini! Terkejut juga, dua hari ponteng pun dapat kehadiran cemerlang? Pelik betul, haha. Aku hanya mampu gelak bila mak aku kata begitu pada aku.

Tapi yang tak seronoknya, majlis itu bermula pada pukul 9.30 pagi, aku pula kena naik bas sekolah pada pukul 6.20 pagi! Lama betul nak tunggu! Walaupun ibu bapa dijemput sekali untuk hadir ke majlis ini, mak aku dengna tegasnya berkata yang aku kena naik bas juga. Ayah aku tak akan hantar aku kalau aku bangun lambat sekalipun.


Penyeksaan!!! D<
Huh, hanya mampu untuk mengeluh~


Apa-apa hal pun, tadi Kawanku Nida bawa komik ke sekolah. Pernah tak dengar tajuk ini: MISI 10A? Tak pernah? Aku pun baru pagi tadi dengar tajuk ini. Karya oleh dua orang lelaki yang mengetengahkan tentang masalah seorang budak sekolah di asrama.

Mula-mula baca aku dah gelak terbahak-bahak. Memang kelakar betul! Zahid, yang mempunyai masalah kena buli di sekolah telah menyebabkan keputusan peperiksaannya teruk. Dia geram lalu makan slip keputusan yang baru diterimanya tadi! Hahahahah, makan kertas sebab tekanan?! Memang tak aku sangkakan! XD

Keseluruhannya, komik ini seronok untuk dibaca dan mempunyai elemen-elemen yang boleh aku ambil untuk dijadikan pegangan. Lukisannya pun boleh tahan kacak!!! >///<




Agak-agak esok pagi aku nak bawa telefon bimbit ke tidak?

2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi baca komik Misi 10A! ^___^

    ReplyDelete
  2. @FEEQRY

    Sama-sama ^^ Komik tu memang seronok dibaca! Buat lagi komik yang best-best :Db

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...